Ini kisah
Aina Nasuha...kisah kehidupannya yang kaya.Dia sangat gembira kerana apa yg dia nak akan termakbul,tapi hanya satu sahaja yg tidak sempurna iaitu keputusan peperiksaannya yg begitu teruk...cerita ini rekaan sahaja...untuk menghiburkan hati korang semua...saksikanlah bagaimana dia mengubah perangainya yg malas belajar itu..dan Selamat Membaca!!!!:D
Pada pagi itu,pukul 6.30 pagi,
Aina bangun dengan sendiri tanpa sesiapa kejutkan.Selalunya ibunya yg kejutkan dia.Dia mencapai tualanya itu.Tepat pukul 7.00 pagi,
Aina sudah turun dari tangga.Kelihatan ibunya sedang siapkan sarapan untuk anaknya dan suaminya. "Hah,Aina!Selamat pagi.."ucap ibunya. "Selamat pagi,ibu..."balas
Aina.
"Aina sudah solat subuh?"tanya Puan Aminah. "Erk!?"
Aina terkejut.Aina tidak pernah pun solat subuh.Dia hanya solat dua waktu sahaja,iaitu zohor dan magrhib sahaja.Dia pun menjawab,"Err...su..dah solat ibu..."
"Bagus...cepatlah makan...nanti van datang.."kata Puan Aminah. "Iyalah..."
"Alamak,aku menipu ibu lagi..."kata hatinya.Tiba-tiba,van
Aina membunyikan hon.Aina cepat-cepat habiskan makanannya lalu berlari kearah pintu rumahnya. "Cepat sedikit,Aina!nanti tertinggal van!"jerit kawannya,Umairah.
"Saya tahu,Umairah!"jerit
Aina.Kemudian,dia menuju kearah pintu van tanpa bersalam dengan ibunya.
Aina memang selalu begini,setiap kali dia hendak ke sekolah dia tidak bersalam dengan ibunya.Kasihan ibunya...
Di dalam van,Aina dan Umairah khusyuk berbual. "Aina,awak tidak pernahkah bersalam dengan ibu awak?"tanya Umairah dengan tiba-tiba. "Pernahlah,tapi hari ini saya terlupa hendak bersalam dengan ibu saya tadi."jawab
Aina dengan menipu.Dia takut sahabatnya perli dia.Sampai sahaja disekolah,semua yang ada didalam van itu turun satu demi satu.
Dalam perjalanan kekelas,
Aina terserempak dengan cikgu Jasmin. "Assalamualaikum,cikgu Jasmin."ucap Aina. "Waalaikumusalam,Aina.Haa,Aina.Ini dia keputusan OTI 2 kamu."cikgu Jasmin menghulurkan kertas keputusan OTI 2 itu.Aina mengambil kertas itu dengan tangan yang terketar-ketar.Dia takut dia tidak dapat keputusan yang teruk.
"Alamak,jika aku dapat keputusan yang teruk pasti ibu mengamuk."kata hati
Aina.Dia mencari namanya didalam kertas itu yang bernombor 21.Alangkah terkejutnya dia hanya mendapat nombor 19/31 sahaja manakala dalam tingkatan 178/286. "Erk!Macam mana ini?!"
"Kenapa Aina?"tanya Umairah.
Kenapa dengan Aina,ye?Yelah dia terkejut kerana dia hanya mendapat nombor 19/3 dalam kelas manakala dalam tingkatan 178/286 sahaja.Apa yang akan terjadi nanti?Adakah ibu dia akan mengamuk ataupun tidak?Ummm....nanti saya akan sambung semula....bukan senang nak dpt
ILHAM nanti saya akan fikirkan...